Ruginya Sekali Jika Kita Tidak Pernah Sholat Dhuha Walaupun Sekali, Ini Kelebihannya

Diposting pada

Bacalagi – Diantara ibadah sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasulullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.

Meskipun ia adalah solat sunat, tapi sangatlah rugi jika tidak pernah menunaikan sholat Dhuha ini walaupun sekali seumur hidup.

Loading...

Solat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan setelah terbit matahari hingga menjelang masuk waktu Dzuhur. Solat ini afdhalnya dilakukan pada waktu pagi hari ketika matahari sedang naik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.

Menurut sebahagian ulama, jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

“Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Banyak hadits yang menganjurkan sholat Dhuha dan menyatakan keutamaannya.

1. Sholat Sunhah yang Sangat Dianjurkan
Salah satu hadits yang menganjurkan untuk sholat Dhuha ialah dalam Riwayat Abu Hurairah yang artinnya sebagai berikut:

“Kekasihku Rasulullah SAW telah berwasiat kepadakau tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Dimurahkan Rezeki dan Dijauhkan Dari Kemiskinan
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan”

3. Pengganti ‘Sedekah’
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda yang artinya:

“Pada tiap-tiap pagi, lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

4. Diampuni Dosa Kita
Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Betul-betul banyak kelebihan menunaikan Solat Dhuha ni. Marilah kita sama-sama merebut ganjaran yang diberikan ini.

Mari kita berusaha menunaikan ibadaj sholat dhuha dengan istiqomah dan penuh keikhlasan semata-mata karena Allah Ta’ala. Semoga ini bermanfaat.

Sumber: islamituindah.us

Loading...